Friday, 4 August 2017

DAP 'Cakap Tak Serupa Bikin' - Wee Ka Siong #MCA

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa, DAP yang mengetuai pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji palsu untuk meraih sokongan pengundi terutama apabila menjelang pilihanraya. Mereka diibaratkan seperti cakap tidak serupa bikin apabila menaburkan janji-janji manis kepada rakyat namun gagal mengotakannya bila diberi peluang untuk memerintah.

Contoh yang ketara “cakap tidak serupa bikin” ujarnya adalah di negeri Pulau Pinang seperti projek pembinaan jalan raya atau pembinaan terowong yang di bayar 200juta. Projek-projek ini telah di bayar meskipun perlaksaannya tiada. Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Kem Latihan membaca dan Menulis Esei peringkat Sekolah Menengah di A’Famosa Resort, Melaka pada  2 ogos 2017 lalu. 

Program ini yang menghimpunkan seramai 230 guru Bahasa Cina dari sekolah menengah dan kebangsaan dari negeri Melaka dan Johor adalah bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa cina selain memberi pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.


Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru - baru ini. TPM telah meminta para pengundi cina di negara ini supaya berhenti daripada menjadi mangsa penipuan dan manupulasi parti DAP yang ternyata gagal dalam mengotakan janji kepada rakyat.

Sikap pembangkang yang diketuai oleh DAP yang selalu memperlihatkan kerajaan pusat bersalah di mata rakyat, contohnya kenaikan kadar tariff air atau elektrik. Namun apabila mereka melakukan hal yang serupa ianya dilihat dalam konteks yang berlainan. Mereka tanpa rasa bersalah akan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim dan menindas rakyat tetapi akan memberi alasan untuk mendidik rakyat supaya tidak membazir bila ianya dilakukan hal yang sama di Pualau Pinang. 

Dalam hal ini Jelas menunjukkan mereka tidak konsisten, bila mereka buat ianya pelbagai alasan diberikan namun bila kerajaan BN buat perkara yang sama mereka kutuk.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga menyatakan dari maklum balas yang diperolehi, setiap kali ceramah diadakan telah memperlihatkan sambutan masyarakat cina di negara kita kini semakin baik dan sokongan pengundi cina terhadap BN juga semakin bertambah.


DAP 'Cakap Tak Serupa Bikin' - Wee Ka Siong #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!